Vroom, Vroom…ramai yang suka memandu laju di jalan raya, syok katanya! 

Street Racing merupakan perlumbaan popular di kalangan orang muda. Tapi jangan salah anggap, ia salah dan tidak sah di sisi undang ya.

Namun ada yang dibenarkan dengan mendapat lesen kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan.

Street racing biasanya dijalankan di atas jalan raya, pinggir bandar dan juga di atas lebuhraya.

Contohnya, perlumbaan street racing dapat dilihat dalam filem Fast & Furious dan Need For Speed.

Memang bahaya seandainya tidak dikendali oleh pemandu profesional, sangat berisiko dan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Ambil iktibar menerusi filem Wheely yang bakal berada di pawagam 16 Ogos depan! Filem komedi animasi mengisahkan tentang juara pelumba yang akhirnya berubah selepas terlibat dalam kemalangan.

Adakah Wheely dapat lupakan tabiat lamanya? Saksikan filem animasi keluaran KRU Studios ini di pawagam berhampiran nanti okay! 

SGMS Faida