Tag Nama Dekat Hati, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bikin Netizen Tak Keruan – “Pindah Pluto Lah, Bumi Kan Milik Mereka”

Pasangan pelakon popular, Aedy Asharf dan Amelia Henderson sering mencuri perhatian apatah lagi ketika mereka membuat kemunculan bersama di depan khalayak.

Terbaru, menerusi hantaran terkini di Instagram, pasangan ini kelihatan hadir pada pelancaran Nights Of Fright yang ke-9 (NOF9) yang diadakan di taman tema air terkenal, Sunway Lagoon.

Menerusi perkongsian tersebut, Aedy dan Amelia sempat berkongsi beberapa foto mereka bersama sambil merasai pengalaman berkunjung ke rumah hantu.

“Han one, han tu. ##NOF9 was too much fun !!,” tulisnya.

 

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah tindakan pasangan ini yang memberikan tanda nama pada bahagian hati masing-masing membuatkan rata-rata netizen berasa tidak keruan.

Malah, ada yang berharap agar pasangan ini segera menamatkan zaman bujang.

“Fuh, tagged dekat hati… faham! Jom lah gais pindah pluto, bumi kan milik mereka.

“Bayangkan dia orang kahwin, lepastu anaknya mesti meletup habis kan?

“Always matchy-matchy.

“Korang ni always mengahntui kami semua.

“Haih! Aedy dengan Amelia ni kesian sikit dekat fans.Ramai tunggu sweet moments dekat Bali, bukan nak tengok hantu dekat Malaysia.

“Last picture tagging. Faham dua-dua dah taken. Complete each other,” komen netizen.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan bercuti di Bali, Indonesia bagi menyambut ulang tahun kelahiran Aedy Ashraf yang ke-30.

Salma Syahbuddin