Tahniah! Shila Amzah Menang Anugerah Di Zhengzhou

Penyanyi Nurshahila Amir Amzah atau lebih popular dengan panggilan Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara dengan kemenangan di Zhengzhou, China, semalam.

Terdahulu, Shila Amzah merupakan penyanyi pertama di Malaysia yang berjaya melakar nama dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

Menerusi perkongsian ibunya @mamazie68 di laman Instagram, Shila berjaya membawa pulang dua trofi untuk kategori Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste. Wow!

Tulis Puan Fauziah Sarman lagi, dua trofi yang berkenaan telah membanggakan keluarga dan antara hadiah terbaik sempena hari ulang tahun kelahiran Shila Amzah ke-28 yang bakal tiba tidak lama lagi. Wehooo, buat Shila Amzah, Tahniah sekali lagi!

SGMS Faida