“Tak Ada Reply Langsung…” – Luah Rasa Kepada Nurul Shuhada, Individu Dakwa Trauma Dipukul Keluarga H?

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada membuat sesi soal jawab (Q&A) dengan pengikutnya di Instagram.

Menerusi perkongsian di IG Story, terdapat individu yang mendakwa dirinya trauma kerana pernah dipukul oleh keluarga H.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, kenyataan yang diberikan individu itu di Q&A tersebut seperti menjawab kepada soalan susulan mengenai apa yang berlaku.

“Takde reply langsung. Hm saya cakap pasal trauma saya pernah kena pukul dengan family H jugak,” tulis individu berkenaan.

Kemudian, Shuhada hanya meninggalkan cebisan ayat Al-Quran dan seakan terkejut mendapat tahu tentang perkara itu.

“Aiyooooo,” ujarnya.

Nurul Shuhada mula mendapat perhatian selepas kisah rumah tangganya bersama Hafidz kecoh gara-gara wujudnya orang ketiga.

Terdahulu, Shuhada berdepan konflik rumah tangga dengan Hafidz mendakwa suaminya melafazkan cerai melalui WhatsApp dan panggilan telefon pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Maya Basir