[VIDEO] Neelofa Kongsi Saiz Baju Bilal, Netizen Komen: “Dah Nak Jadi Abang, Baju Pun Kena Extend Saiz”

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa, menjadi perhatian apabila membuat satu perkongsian video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di TikTok, Neelofa berkongsi pakaian putera sulungnya iaitu Muhammad Bilal Haris yang terdiri daripada baju.

Menerusi rakaman pendek tersebut, Neelofa menunjukkan baju-baju Bilal yang comel beserta saiz.

Menurut bekas hos program popular Nona itu, baju-baju yang dipakai Bilal adalah bersaiz 2 hingga ke 3 tahun biarpun anaknya itu baru sahaja mencecah 1 tahun.

Manakan tidak, sejak dilahirkan, boleh dikatakan Bilal mempunyai saiz yang besar seiring dengan tumbesaran dan perkembangannya.

Ternyata perkongsian tersebut membuatkan peminat teruja lebih-lebih lagi melihat perkembangan Bilal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya para ibu turut berkongsi situasi sama apabila anak-anak mereka memakai pakaian bersaiz besar dari umur sebenar.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022.

Khairil Khusyairi