Tak Guna Khidmat Perunding Perkahwinan, Adam Lee & Sweet Qismina Sibuk Lakukan Persiapan Sendiri

Pelakon Adam Lee memberitahu persiapan menuju hari bahagianya bersama tunangnya yang juga seorang selebriti, Sweet Qismina kini hampir 80 peratus.

Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee kini sibuk menguruskan segala persiapan perkahwinan yang dibuat sendiri bersama Sweet.

“Sebenanrya kami urus dan buat persiapan bermula daripada kosong sehinggalah hari ini.

“Kami tidak guna khidmat perunding perkahwinan dan lakukan semua sendiri.

“Walaupun ada kalanya kami berasa agak susah tetapi kami tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Kini persiapan dah pun siap dalam 75 hingga 80 peratus,” ujar Adam kepada XTRA.

Disoal mengenai adakah ada cabaran yang dilalui mereka menuju hari bahagia, Adam memberitahu perkara tersebut adalah normal dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Bagi saya, jika bercakap tentang cabaran, semua pasangan pasti akan melaluinya.

“Itu semua perkara normal tetapi kita perlu lihat cara dan bagaimana untuk menanganinya,” kongsinya.

Terdahulu, Sweet Qismina memberitahu media bahawa mereka akan mendirikan rumah tangga selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Pasangan ini juga dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan apabila tempoh tunang mereka cukup setahun.

Khairil Khusyairi