Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2023 @ 7:08pm

“Tak Sangka Mereka Hebat Macam Ni!” – Netizen Puji Lakonan Mimi Lana & Siti Hariesa Dalam Drama Perempuan Itu

Drama yang pernah mencetuskan kontroversi terbitan Erma Fatima, Perempuan Itu semakin mendapat tempat di hati penonton sejak ia disiarkan pada 1 Jun lalu.

Menerusi pemerhatian XTRA di TikTok, rata-rata warganet seringkali berkongsi klip video adegan drama berkenaan sekaligus memuji lakonan yang dibawakan oleh Mimi Lana (Khalis) dan Siti Hariesa (Siera).

@ermafatimarahmad ALHAMDULILLAHHHH…Akhirnya… Setelah berbagai tohmahan melanda bagai terkena tsunami rakyat Malaysia. Aku masih TEGUH dgn karya ini kerana aku percaya ada yg lbh besar yg ingin aku sampaikan. TERIMALAH SEBUAH KARYA UNTUK YG BERNAMA PEREMPUAN. PEREMPUAN ITU NILAINYA BUKAN PD HARTA ATAU WAJAHNYA..NILAI TERTINGGI YG ADA PD SEORANG PEREMPUAN ADALAH MARUAHNYA…DIMANA TERLETAKNYA MARUAH ITU..? Saksikan mulai esok 1 june 2023 hanya di TONTON. #perempuanitu #rumahkaryacitra ♬ original sound – erma fatima

 

Menyifatkan lakonan kedua-dua aktres itu sebagai sangat profesional kerana berjaya membawakan watak sebagai seorang isteri yang tersakiti dan watak ‘penyondol’ dengan baik, maka tidak hairanlah kenapa drama Perempuan Itu sering menjadi bualan hangat netizen di platform berkenaan.

“Terbaik Mimi Lana berlakon. Makin mendebarkan cerita ni.

“Mimi ni kalau berlakon memang superb! Bagi lah watak apa pun.

“OMG! Khalis Amazing gila dalam episode ni. Salute! Tak semua isteri boleh terima dan izinkan suami berpoligami especially si suami tu ada hubungan terlarang dibelakang isteri. 

“Tersangat hebat lakonan you Mimi dan Siti Hariesa. Proud of you!

“Terbaik Mimi & Siti Hariesa.

“Banyak-banyak drama yang you played Mimi, ini adalah drama paling best yang karakter you bawa.

“Tak sangka, Siti Hariesa dan Mimi boleh bawa watak macam ni, hebat. Memang terbaik!,” komen netizen.

@norr_aya #PerempuanItu #TontonEksklusif #tontonmy …ep7…Geram btul tgok 2 ketui ni…x ingat dosa ke..isteri tgh hamil lg..#fypシ ♬ bunyi asal – farishafarhnaa

 

Terdahulu, Mimi Lana menerusi hantaran di Instagramnya sebelum ini berkata, walaupun drama tersebut pernah terpalit dengan kontroversi, namun banyak pengajaran tentang ilmu agama dan hak sebagai seorang wanita boleh diambil dalam drama tersebut.

“Selama saya menjalani pengambaran drama ini, saya sendiri banyak belajar hal hal baru tentang ilmu agama, hak-hak sebagai seorang wanita di dalam sesebuah rumah tangga dan yang paling penting adalah tentang martabat dan tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk hidup di dunia ini.

“Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan.

“Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran dan teladan,” katanya.

Saksikan siri Tonton Eksklusif, Perempuan Itu hanya di Tonton! Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Trending Tue, 16 Oct 2018
Featured Sat, 30 Oct 2021

BKM 2022: Ini Mungkin Berita Baik Buat Golongan Bujang Dan Belia

Bagi mereka yang ketinggalan untuk mengikuti Pembentangan Belanjawan 2022 semalam, ini adalah antara keistimewaan yang akan diberikan kepada golongan belia dan bujang di Malaysia. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 300 juta melalui Program eStart iaitu […]

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Kongsi Jantina Anak? Nanti Dulu…

Saya sukakan kejutan. Kalau sebelum ini saya memberi kejutan kepada ahli keluarga ketika mengumumkan berita hamil, jadi untuk soal jantina, saya akan lakukan yang sama…

Trending Sat, 21 Dec 2019