Hiburan By: Syamir Shafie January 4, 2024 @ 3:47pm

Tak Serik Berlakon Filem Seram, Eyka Farhana Cabar Diri Walaupun Penakut – “Mujur Ada Ustaz Di Set Penggambaran”

Pelakon Eyka Farhana mengakui tidak serik berlakon dalam naskah bergenre seram meskipun dirinya seorang yang penakut.

Menerusi lakonannya dalam Anak Perjanjian Syaitan 2 yang bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini, Eyka memegang watak sebagai Azlinda.

Akui agak berat membawakan watak Azlinda yang sering menerima gangguan mistik, Eyka sanggup mencabar dirinya bagi membuka ruang kepada variasi lakonannya.

“ Saya tak serik, tapi agak mencabar untuk beranikan diri bawa watak dalam filem seram ini.

“Lebih-lebih lagi kena masuk dalam kubur. Itu babak yang paling mencabar bagi saya.

“Sepanjang berlakon dalam filem itu, ia adalah panglaman yang paling tak dapat dilupakan,” jelasnya kepada XTRA.

Sementara itu, Eyka menarik nafas lega apabila babak yang dibuat di dalam kubur berjalan lancar dan dia tidak menerima apa-apa gangguan mistik yang teruk.

Dedahnya, pengarah secara spontan meminta dia menggali kubur, lompat ke dalam kubur kemudian beraksi di dalamnya dengan dipenuhi air paras pinggang.

“Sejujurnya, Eyka seorang yang sangat penakut. Ada satu babak, babak dalam l kubur yang tiada dalam skrip pun.

“Pengarah tiba-tiba buat kejutan untuk buat babak dalam kubur tu. Gali kubur dan buat itu semua. Seram tau,” luahnya.

Meskipun Eya dibelenggu ketakutan sepanjang berada di set penggambaran, dia bagaimanapun berasa tenang apabila terdapat ustaz yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pelakon dan kru.

Baginya, dengan kehadiran ustaz tersebut, Eyka dapat membetulkan ‘mindset’ dan berfikiran positif.

“Untuk atasi rasa takut, kat set, ada disediakan ustaz. Jadi, saya dapat betulkan mindset lah. Jika terkena apa-apa gangguan, akan ada ustaz yang tolong rawat di situ.

“Jadi saya jadi lebih secure dan rasa kurang sikitlah takut,” katanya.

Eyka ditemui XTRA pada Majlis Tayangan Perdana & Sidang Media Anak Perjanjian Syaitan 2 di Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Dalam pada itu, Eyka sangat gembira kerana pengarah, Dr. Ahmad Idham memberi tawaran untuk dia menjadi teraju utama dalam filem tersebut.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk membintangi naskah hebat pengarah berkaliber itu, Eyka bersyukur atas peluang itu.

“Eyka memang teringin nak berlakon di bawah Dr. Ahmad Idham sebenarnya. Sebelum ni cerita-cerita seram dulu-dulu memang memang saya tengok.

“Saya pula peminat filem seram kan. Bila diberi offer tersebut, Eyka cakap why not?

“Eyka pun terima lamaran itu untuk cabar diri. Cerita seram saya jarang berlakon. Apa-apa pun saya sangat senang hati dapat bawa watal Azlinda ini,” katanya.

Eyka berharap agar filem ini dapat memberi kesan positif kepada penonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat.

Trending Fri, 18 Sep 2020
Trending Wed, 17 Oct 2018

“It Would Be an Honour to Represent Malaysia on the World Stage…”

Fireman and triathlon athlete Mohd Amran dreams of qualifying for the IRONMAN World Championship in Kona, Hawaii, USA.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

M! Countdown Charts Will Be Changing Their Voting Concept

The new system will change how idols win the weekly show.

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

陈威全暌违五年全新专辑!容祖儿跨刀首次合唱情歌

陈威全暌违五年全新专辑《你想成为什么样的人》,找来香港天后容祖儿首次合唱情歌。

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Featured Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Sat, 19 Oct 2019

李佩玲与玛莎携手开唱!1231多元种族跨年盛宴

红遍海内外的两名19岁大马巨肺型歌手李佩玲和玛莎将于12月31日,以其天籁高音唱响云顶云星剧场,与国人倒数迎接全新的2020年!

Hiburan Tue, 15 Aug 2023