Tak Sia-Sia Belajar Vokal…Ramai Terkejut Dengar Suara Muaz Kool FM!

“Tiada yang mustahil dalam dunia ini, kalau kita ada kemahuan, usaha dan sokongan dari rakan-rakan dan keluarga,” ujar penyampai radio Kool FM, Muaz yang buat pertama kalinya menyanyi di hadapan ribuan penonton.

Jika sebelum ini kita hanya dapat mendengar Muaz bercakap di konti radio tetapi kali ini bapa kepada dua anak ini berjaya membuktikan dia juga mempunyai kemampuan untuk menyanyi.

“Dalam hidup tiada yang mustahil. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Semalam adalah kenangan, kenangan yang indah untuk dikenang. Now dah kena tukar,” katanya.

Sebelum ini, Muaz telah diberikan tugasan untuk menyanyi di konsert Hot Kool Jam 2019 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bersama rakan penyampai yang lain.

Muaz menyahut cabaran kempen Muaz Kasi Jadi yang berlangsung selama lima minggu di stesen radio berkenaan.

Lebih istimewa, Muaz menjalani latihan vokal dengan komposer, penyanyi dan pelakon terkenal, Mark Adam.

Selain itu, para penyampai radio Kool FM dan Hot FM turut bergabung mendendangkan lagu Fanatik nyanyian asal kumpulan KRU sambil menari.

Rata-rata pengikut Muaz di Instagram memuji bakat nyanyiannya. Power juga kan Muaz nyanyi?

Konsert Hot Kool FM juga akan turut diserikan dengan persembahan artis baru dan lama seperti Datuk Hattan, Ella, Ziana Zain dan Ramlah Ram.

SGMS Faida