Categories: HiburanSelebriti

Takdir Satukan Elizad & Riezman

Bahagia tak akan menyapa tanpa izin ‘dia’. Dapatkah takdir diubah? Mencurah-curah air mata kami ketika menghadiri preview filem TAKDIR, naskah terbaru terbitan Rousing Muses Pictures semalam.

Kita sering dimomokan tentang keretakan mahligai perkahwinan angkara tiada kepercayaan kan? Menerusi filem TAKDIR, banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri agar terus meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Watak Soffiya (Elizad Saifuddin) mengisahkan bagaimana wanita ini sedang bertarung dengan penyakit kanser ovari namun dalam masa sama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Sebagai seorang kaunselor, Soffiya juga perlu melunaskan tanggunjawab terhadap kerjaya.

Saat diri sedang diuji, Aziz (Riezman Khuzaimi) mula dekat dengan wanita sekerja. Sudah jatuh ditimpa tangga, si suami pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tragis dan tangkap leleh kan jalan cerita TAKDIR ni? Siap sedia dengan tisu ya sebelum menonton.

Tiket bagi menyaksikan tayangan amal filem TAKDIR boleh didapatkan di Perdana The Place, 2-21, No 1 Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana atau hubungi wakil di talian 03-77323937. Harga tiket bermula RM 150- RM 200. Tayangan filem ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

SGMS Enal