Hiburan By: SGMS Faida May 29, 2019 @ 3:31pm

Hadiah Untuk Mak…

Penyanyi Mark Adam mengaku mahu bekerja lebih keras lagi demi merealisasikan impian ibunya yang berada di Filipina.

Kata pelantun lagu Amnesia ini, dia berharap rezeki bakal berpihak kepadanya tahun ini untuk menggembirakan ibunya di kampung.

“ Kejayaan saya hari ini adalah hasil doa ibu saya. Saya pernah berjanji untuk menghadiahkan sesuatu buat dia tetapi buat masa ini saya tidak dapat berkongsi jenis hadiah.

“ Sama ada rumah, kereta atau barangan lain, saya tidak dapat beritahu kerana bimbang ia tidak direalisasi, kecewa pula nanti,” katanya ketika ditemui di sidang media I Can See Your Voice musim kedua yang berlangsung di Horu Kuala Lumpur.

Kata Mark, dia juga beberapa kali mengajak ibunya untuk tinggal bersama di Malaysia namun wanita itu lebih selesa tinggal di Filipina.

“ Ibu saya takut naik kapal terbang. Atas alasan itu juga dia tidak mahu datang ke sini.

“ Malah ibu juga takut naik bot. Ibu saya merupakan wanita asal dari kepulauan Negros di Filipina. Dia lebih selesa tinggal di sana. Tak apalah, saya akan balik menjenguknya setiap kali tiada tugasan di sini,” katanya yang baru sahaja pulang ke kampung halaman dua minggu lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022
Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Sering Berkongsi Video Rutin Di Gimnasium, Atiq Azman Dilabel ‘G*y’ – “Bolehkah Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini?”

Apa salahnya kan tayang body kat gym untuk motivasi gitu. Tak baik tau tuduh Atiq Azman g*y 🥵🤬

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Wed, 4 Mar 2020