Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia

Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Gerak Khas iaitu Nizen Ayob dilaporkan meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi ini. 

Berita ini dikongsi menerusi Instagram milik pelakon Sheera Iskandar, sebentar tadi. 

Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

“Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.

” Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor,” katanya. 

Tahun lalu, Nizen, 33, pernah mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Allahyarham mendedahkan perkara itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto sebatang paku berkarat dan gigi manusia pernah keluar dari kepalanya selain kecederaan di dahinya ketika berubat.

Kami doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman, Amin YRB…

SGMS Enal