Categories: familuv

Kalau Tak Nak Diserang Kuman HFMD, Ini Yang Wajib Ada Dalam Beg Anak Anda

Isu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) masih lagi dibicarakan memandangkan kes ini masih lagi belum mencatatkan penurunan. Sehingga kini, masih ada lagi taska mahupun pusat asuhan kanak-kanak yang belum boleh beroperasi angkara penularan virus ini.

Sejak penularan virus ini, ramai ibu bapa yang berasa bimbang nak bawa anak keluar berjalan atau melakukan aktiviti luar rumah. Ada juga ibu bapa yang mengambil langkah biarkan anak duduk di rumah saja.

Tapi, ada juga ibu bapa yang terpaksa membawa anak keluar atas sebab-sebab tertentu. Jadi, sebelum membawa anak keluar, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan agar anak bebas daripada virus ini, mahupun virus yang lainnya.

Melalui laman Facebook, seorang ibu Hany Maynis telah berkongsi tip dalam menyediakan barang keperluan khas untuk anak sebelum keluar rumah untuk elak virus HFMD dijangkiti. Jom kita semak keperluan apa yang wajib ada dalam beg jalan anak anda.

1. Beg kecil

Sediakan beg kecil yang sesuai untuk masukkan semua barangan yang penting. Pastikan beg tersebut boleh dipegang atau disangkut pada troli. Lagi comel jika anak anda boleh galas beg tersebut.

2. Antibacterial wipes

Tisu basah antara barang yang paling penting buat anda yang ada anak kecil. Setuju tak? Anda boleh sediakan mini antibaterial wipes di dalam beg anak anda sebagai salah satu langkah untuk pembersihan.

Menurut perkongsian ibu ini, anda boleh gunakan wipes tersebut untu lap troli, baby chair di restoran, atas meja makan ataupun mana-mana kawasan yang mungkin anak anda akan pegang. 

3. Hand sanitizer

Hand sanitizer jenis spray ini sangat mudah untuk anda gunakan kepada si comel. Anda hanya sembur pada tangan anak sejurus dia masuk ke dalam kereta selepas mengunjungi mana-mana tempat seperti pasaraya, taman permainan sama ada indoor ataupun outdoor. Ini bertujuan untuk membunuh kuman atau kotoran pada tangan anak anda.

4. Gel aloe vera

Menurut perkongsian ibu ini, gel aloe vera ini berfungsi untuk merendahkan suhu badan anak sekiranya badan anak tiba-tiba dedar dalam kereta. Sapu saja gel ini pada dahi dan kepala anak anda.

5. Penampal luka

Penampal luka ini sangat berguna jika berlakunya kes kecemasan kepada anak anda. Yela, kita tidak tahu apa akan jadi kan? Manalah tahu anak anda terjatuh di taman permainan atau sebagainya, anda boleh gunakan penampal luka ini.

6. Minyak angin

 

Minyak angin khas untuk anak anda juga perlu ada dalam beg jalannya. Kalau anak anda sakit perut semasa dalam perjalanan, boleh sapu saja minyak angin ini. Barulah lega sikit sakit perutnya.

7. Sapu tangan

Kegunaan untuk lap peluh anak ataupun sebagainya.

8. Lampin pakai buang

Bagi anak anda yang masih memakai lampin pakai buang, anda perlu menyediakan ekstra di dalam beg jalannya. Kalau anak anda membuang air besar contohnya ketika di pasaraya, anda boleh gunakannya. Tak perlulah nak beli yang lain. Betul tak?

9. Set pakaian

Sediakan juga satu set pakaian anak anda di dalam beg jalannya. Sekiranya, baju anak anda kotor disebabkan makanan yang tumpah dan sebagainya, anda boleh gantikan dengan pakaian yang lain. 

10. Stokin anak

Stokin ini anda boleh gunakan sekiranya anak anda berasa sejuk di dalam kereta atau tetiba nak singgah ke indoor playground. Tapi, lagi bagus jangan benarkan anak anda bermain indoor playground ketika musim virus HFMD ini ya.

Haha! Jadi anda sebagai ibu bapa seharusnya menyediakan ‘beg ajaib’ ini untuk anak anda sebelum membawanya keluar dari rumah ya! Bukan saja memudahkan anda, malah anak juga terhindar daripada kuman. 

Sumber: Facebook

tex_admin