Tayang Mesej ‘Sweet’, Ameera Khan Sedang Angau Bercinta?

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian peminat selepas berkongsi gambar ‘screen shot’ perbualan rindu bersama seorang lelaki di Instagramnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), lelaki tersebut meluahkan rasa rindu dan ingin melihat wajah jelita adik kepada pelakon Neelofa itu.

“You’re the most beautiful girl in the world,” balas lelaki tersebut selepas menerima dua keping swafoto daripada Ameera.

Bagaimanapun, Ameera tetap menyembunyikan wajah lelaki tersebut sebaliknya meletakkan A dan emoji ‘love’ sebagai nama panggilan.

Sebelum ini, nama Ameera heboh diperkatakan orang ramai gara-gara tindakannya menayang bikini merah di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Tayang Bikini Merah, Netizen Perli Ameera Khan Terlampau ‘Try Hard’ – “Lepas Ni Kalau Kena Hentam Jangan Off Komen Pula!”

Nurul Hana