Hiburan By: Khairil Khusyairi September 25, 2022 @ 7:29pm

Teguran ‘Santai’ Faizal Tahir Buat Semua

Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir sekali lagi ‘bersuara’ menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single terbaharu berjudul Santai terbitan Faithful Music.

Menurut Faizal, 44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, idea menghasilkan lagu itu hadir secara spontan.

“Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut perkataan santai dalam satu sesi menulis lagu. Idea lirik dan hala tuju lagu secara keseluruhannya adalah berdasarkan sikap kita yang sentiasa tergesa-gesa atau terburu-buru dalam membuat atau mendapatkan sesuatu. Malah, sikap tergesa-gesa manusia ini sudah disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran,” katanya.

Menurut Faizal, kebanyakan lagu yang dihasilkan sejak kebelakangan ini membawa mesej yang dekat dengan kehidupan seharian atau kritikan sosial.

“Kita lebih mudah memahami dan menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu.

“Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari menghayati karya saya, maka ia satu bonus untuk saya,” katanya.

Dalam masa sama, lagu Santai yang siap dirakam pada Mei lalu bukanlah kesinambungan daripada lagu Ragaman biarpun lirik berunsurkan nasihat.

“Lagu Santai bukanlah satu kesinambungan kepada karya Ragaman. Mesej Ragaman lebih ‘direct’ dan ‘straightforward’ mengenai ragam kehidupan suami isteri. Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh digunapakai dalam apa sahaja situasi kehidupan harian kita,” katanya.

Bagi Faizal, ini adalah cara terbaik dalam memberi kesedaran dan nasihat buat diri sendiri seterusnya orang ramai.

Santai kini boleh didengari disemua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Risteena Enggan Ditaja Lelaki Berduit!

Risteena merupakan salah seorang daripada pemegang saham bersama seorang rakan yang namanya mahu  dirahsiakan.

Trending Thu, 3 Jun 2021
Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Fizz Fairuz Di Kecam Kerana Gelaran Datuk

Kenapa mesti ada yang kecam dan suka pertikaikan tentang kejayaan seseorang. Sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukan mengecam . Terbaru yang terkena kecaman adalah Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia tetapi masih terus kekal positif. “Mungkin ramai tidak tahu saya […]

Events Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!