Terbaring Lagi Di Taman… Trending Di Media Sosial, Jom Kenali Penyanyi Lagu Angau, Fahimi Rahmat

Terbaring Lagi Di Taman… Demikian bait-bait lirik lagu yang berjudul Angau nyanyian Fahimi Rahmat yang menjadi fenomena kini sehingga trending di media sosial.

Lebih menarik Angau merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Fahimi Rahmat sendiri. Baik dari penulisan lirik hinggalah penghasilan bunyi instrumen drum dan keyboard.

Sehingga hari ini, lagu tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan dan masih trending di YouTube biarpun ia dilancarkan pada November tahun lalu.

Mungkin kini ramai yang sedar dengan kehadiran Fahimi di dalam industri hiburan tanah air, namun ramai masih lagi yang tidak mengenali dengan lebih dekat dengan Fahimi.

Disini XTRA kongsikan biodata dan fakta menarik mengenai Fahimi Rahmat.

Biodata Fahimi Rahmat

Nama Penuh: Muhammad Fahimi Bin Rahmat

Nama Pentas: Fahimi Rahmat

Umur: 27 Tahun

Tarikh Lahir: 02 Ogos 1997

Tempat Lahir: Leeds, England

Adik Beradik: 4 orang

Asal: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam

Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu, Produser

Media Sosial: Instagram @fahimirahmat TikTok @fahimirahmat

Fakta Menarik

Merupakan pasangan kembar seiras kepada penyanyi dan komposer Firdaus Rahmat.

Mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 2015 lagi.

Mengidolakan penyanyi Chris Brown dan Faizal Tahir.

Kini bernaung di bawah label Faithful Music.

Meminati genre muzik seperti RnB.

Khairil Khusyairi