Featured By: Salma Syahbuddin August 2, 2023 @ 3:45pm

Terima Banyak komen Lucah, Riena Diana Perjelas Isu Lakon Babak Panas – “Takkan Saya Nak Malukan Parents Dengan Buat Macam Tu!”

Pelakon Riena Diana, 25, tampil menjelaskan bahawa dia tidak akan berlakon babak panas seperti yang tular melainkan dia menerima skrip dan diminta oleh pengarah untuk melakukan babak tersebut tetapi dengan syarat ia tidak keterlaluan.

Tegasnya, dia masih waras untuk menjaga maruah dan nama baik ibu bapanya.

“Yes, i would do it bila director suruh tapi tidak keterlaluan dan kena ingat kita ni kat negara Islam. So,tak kan ada aksi macam tu.

“Like we all know pernah je ada aksi macam tu, tapi viral sampai tak boleh keluar TV. Jadi tak mungkin akan ada pun.

“Dan, saya cakap saya ada parents yang masih lagi menonton drama-drama saya. So, tak kan lah saya nak malukan parents dengan buat benda macam tu,” katanya.

Perkara itu dikongsi Riena menerusi hantaran di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Riena menjelaskan, sejak berita tersebut tular dia menerima banyak komen dan mesej langsung (DM) berbaur lucah.

“Kamu memang tak suka baca sampai habis kan? Terutamanya bila headline dah macam tu laju je lah tangan nak tulis kan?

“Lepas je keluar artikel tu, banyak DM yang saya terima whatever sick comment and sick DM’s.

“Kalau bab gambar tu nak buat macam mana. Memang mereka nak tarik crowd. So, saya pun malas nak cakap apa-apa. Jadi semua yang di luar sana patut baca okay,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon yang popular dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People ini sempat memuat naik hantaran di Instagram Story nya memaklumkan, dia sebenarnya tidak peduli untuk memberikan apa-apa penjelasan mengenai isu kontroversi tersebut, namun dek kerana tidak mahu isu ‘babak panas’ ini terus tular maka dia mengambil keputusan untuk memberikan penjelasan sekali lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Tak Kisah Lakon Babak Panas Dengan Syarat…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Aug 2018
Featured Fri, 18 May 2018

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Walaupun kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama, cara penggunaannya adalah berbeza.

Featured Tue, 23 Aug 2022

Dedah Punca Pemergian Abang Sulung, Uyaina Arshad Minta Orang Ramai Buat Pemeriksaan Kesihatan – “Kena Beringat Ajal Tak Kira Usia”

Allahu sebaknya 😭 Semoga Uyaina sekeluarga terus tabah hadapi ujian ini 😊Al-Fatihah buat Mejar Dr Mohd Attaful Uzair bin Arshad 🥀

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Trending Fri, 9 Aug 2019

Viral Gambar Ikan Gergasi Dijumpai Mati Di Sabah

Dipercayai Spesis Berasal Dari Amazon

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

#Mentor7: ‘Taufiq Patut Diberi Peluang Lagi’ -Siti Nordiana

Saya akan bantu semampu yang boleh untuk dia membina nama dalam industri nyanyian. Dia juga masih ‘hijau’ dan belum miliki apa-apa pengalaman sebelum ini.

Events Fri, 18 Oct 2019