Terima Menantu Sulung, Peminat Ingatkan Supaya Sedar Diri.. Ini Respons Zamarul Hisham – “Come On, Umur Sekadar…”

Pelakon Zamarul Hisham terima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal, 24, selamat menikah dengan Dina Zakirsa, pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zamarul atau nama sebenar Zamarul Hisham Mohamed turut meninggalkan pesanan buat kedua-dua anaknya itu.

“Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.

“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah diatas kedatangan ahli baru di dalam keluarganya.

Malah, ada juga yang mengingatkan Zamarul bahawa tidak lama lagi dia bakal bergelar seorang datuk dan perlu sedar diri.

“Jiwa kena muda, tapi kadang-kadang buat kira-kira balik baru sedar kita ni dah tua,” katanya.

Kemudian, secara berseloroh Zamarul membalas komen individu tersebut dengan menyatakan umur hanya sekadar angka.

“Walaupun akan jadi atok, TikTok tetap on. Come on, umur itu sekadar angka,” ujarnya membalas komen individu tersebut.

Maya Basir