Kongsi Foto Mesra Di Instagram, Cinta Rossa Kembali Bertaut? Komen Rakan Selebriti Cetus Tanda Tanya – “Can’t Wait On Your Big Day”

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Sri Rossa yang terkenal menerusi lagu-lagu ‘galau’ di kalangan peminat tanah air baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Rossa berkongsi sebuah foto di dalam kereta bersama seseorang yang dipercayai teman istimewanya di Instagram rasmi miliknya.

Di bahagian kapsyen, Rossa menulis ‘1402’ seakan sedang menyambut hari kekasih atau valentine’s day yang jatuh pada setiap 14 haribulan Februari.

Menerusi foto tersebut, Rossa memuat naik gambar berpegangan tangan bersama individu berkenaan.

Sehingga kini, masih tiada sebarang respons daripada pihak pelantun lagu popular Hey Ladies itu berhubung gossip percintaannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti meninggalkan komen teruja dan tidak sabar menunggu hari bahagia Rossa bersama cinta hatinya itu.

Sebelum ini, Rossa dikhabarkan mempunyai hubungan bersama penyanyi lelaki Indonesia, Afgan selepas acap kali berkongsi momen indah dan kelihatan sangat rapat bersama.

Bagaimanapun, hubungan mereka dipercayai terputus di tengah jalan, namun tiada sebarang penjelasan mengenai perpisahan mereka itu.

Artikel Berkaitan: Luar Biasa… Konsert Rossa 25 Shining Years ‘Full House’, Pertama Kali Suntik Konsep EDM Berjaya ‘Pukau’ Peminat!

Aqilah Paharuzi