Tersentuh Tengok Wajah Sendiri Ketika Tua, Aliff Syukri Kucup Pipi Anak Sulung Undang Sebak – “Semua Orang Akan Tua & Pergi”

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil berkongsi momen dirinya bermain filter TikTok bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Aliff menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff telah menggunakan filter yang menunjukkan wajah seseorang apabila sudah tua.

Lebih mencuri perhatian, riak wajahnya berubah seusai melihat wajah tuanya lalu mencium pipi anak sulungnya itu.

“Semua orang akan tua dan akan pergi, hargai orang tersayang anda. Abah sayang amayan (Ammar Ahyan) sampai mati,” tulisnya.

@abangterlajaklaris Abah sy amayan sampai mati❤️❤️ #madinah #haji #son ♬ Somewhere Only We Know – Zerua

Tersentuh dengan tindakan spontan usahawan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

Fatin Nurain