Hiburan By: Padin March 6, 2022 @ 12:12pm

“Teruja, Tapi Saya Tak Dapat Buat Latihan Yang….” – 3 Tahun Tak Buat Persembahan Skala Besar, Ayda Jebat Bakal Muncul Memeriahkan AJL 36

Selepas hampir tiga tahun tidak melakukan persembahan berskala besar, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bakal memeriahkan segmen pembukaan Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang berlangsung malam ini.

Kali terakhir membuat persembahan besar di Anugerah Skrin 2019 menyampaikan lagu Temberang, AJL 36 menjadi medan kemunculan pertama Ayda selepas melahirkan anak sulung, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.

“Terima kasih kepada tenaga produksi AJL 36. Saya tak sangka dijemput untuk membuat persembahan pembukaan. Saya rasa teruja tapi dalam masa yang sama, saya tak dapat buat latihan yang mencukupi kerana masa agak suntuk dan saya sendiri takut nak keluar kerana baru sahaja ada anak dan keadaan Covid-19 sekarang pun tidak menentu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Jika dahulu masa bujang, tiga hari sebelum persembahan saya dah berkampung untuk melakukan sesi latihan secara berterusan. Untuk persembahan kali ini, semalam baru saya mula berlatih. Nothing much I can offer, tapi saya berharap penonton dapat ‘enjoy’ dengan persembahan saya,” katanya.

Tidak meletakkan sebarang janji untuk persembahan kali ini, Ayda berharap ia dapat mengubat kerinduan peminatnya.

“Saya tak boleh janji apa-apa untuk persembahan kali ini. Saya sendiri takut nak cakap persembahan ini saya akan lakukan ‘all out’ kerana bagi saya, AJL adalah untuk mereka yang bertanding menjadi finalis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Tetapi, semestinya persembahan saya boleh mengubati kerinduan peminat, terutamanya AJ Screamers. Saya berharap persembahan saya berjalan dengan lancar dan mereka yang bertanding dapat menyampaikan lagu masing-masing dengan baik,” katanya lagi.

Jangan lupa tonton AJL 36 yang dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda malam ini, jam 9 malam hanya di TV3.

Saksikan juga acara karpet merah AJL 36 pada jam 8.30 malam ini di TV9 yang diacarakan oleh Sissy Imann dan Sean Lee.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Events Mon, 26 Aug 2019

Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

Legend is back! Bakal tampilkan kejutan, rugi tau siapa tak datang.

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Hael Dan Dayang Nurfaizah Dalam Haram!

Wow! Kepada mereka yang sudah mendengar lagu Haram ini, rasa-rasanya mereka turut bersetuju jika saya katakan lagu ini juga mampu untuk bersaing dengan lagu Jampi. Kerana Haram, mempunyai gabungan suara dan arrangement muzik yang bagus sekali.