Tinggal Konti, Ajak Shiro Mahu Fokus Berniaga

Pelawak terkenal Ajak Shiro memaklumkan dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio, Hot FM bermula bulan depan.

Bertugas sebagai penyampai radio di slot pagi, Ajak memaklumkan mahu memberi tumpuan sepenuhnya.

“ Sepanjang tiga tahun berkhidmat dengan Hot FM, saya memberikan komitmen penuh kepada kerjaya sebagai penyampai radio dan tidak terlibat dalam bidang lakonan. 

“ Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Hot FM kerana memahami permintaan saya terutama kepada Seelan Paul kerana faham dengan kehendak serta hala tuju karier saya,” katanya kepada Harian Metro. 

Dalam masa sama, Ajak juga mahu memberi tumpuan kepada bidang perniagaan selain lakonan.

“ Ada beberapa stesen radio lain yang menawarkan saya untuk bekerja dengan mereka, namun itu bukanlah matlamat saya dan bukan punca kenapa saya menamatkan kontrak di Hot FM,” katanya.

Dalam masa sama, Ajak juga merupakan pengacara Melodi di TV3. 

SGMS Faida