Semenjak hadirnya cahaya mata sulung pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang diberi nama Bunga Elhaq, aktres itu dilihat begitu gembira malah seringkali memberi ucapan penghargaan buat suaminya menerusi beberapa hantaran di Instagram.
Namun, tindakan Elisya itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mengatakan dirinya ‘over’.
Malah, netizen menyifatkan pengorbanan waktu tidur dan cara penjagaan anak itu sememangnya perkara normal yang dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata.
Enggan mengambil pusing perkara remeh yang dibangkitkan warganet, Elisya lebih senang mengambil langkah berdiam diri dari mengendahkan kecaman tersebut.
Menurutnya, selagi mana perkongsiannya itu tidak bersifat negatif maka, ia bukanlah satu hal yang besar yang harus difikirkan oleh beliau dan keluarga.
“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka dalam hal ini.
“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka.
“Saya anggap luahan itu adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya.
Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 23, bersama suami dan pihak keluarga telah mengadakan majlis aqiqah anak perempuannya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq
Sumber: Twitter, Gempak
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?