Categories: HiburanSelebriti

Tudung Makin Singkat, Kini Giliran Mira Filzah Kena Kutuk

Tidak dinafikan penampilan yang ayu dan tutur kata yang sopan membuatkan Mira Filzah seringkali mendapat perhatian peminat dan lensa kamera tiap kali hadir ke mana-mana majlis. Ditambah pula dengan drama lakonan beliau berjudul Pelangi Cinta yang disiarkan di TV3 membuatkan Mira semakin mendapat tempat pengarah-pengarah drama tanah air.

Namun, normal lah jika dikatakan setiap artis pasti akan terpalit dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi netizen diluar sana. Terbaru, netizen meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat penampilan Mira Filzah menerusi gambar yang dimuat naik di laman instagram beliau.

Netizen rata-rata mengkritik dan mengutuk cara pemakaian tudung hijabister ini yang dikatakan agak singkat sehingga menampakkan bahagian dada beliau. 

Apapun, diharap Mira Filzah mengambil inisiatif terhadap teguran rata-rata peminat beliau. Mungkin Mira hanya sekadar mahu mengikut trend, tetapi beliau kenalah menjaga penampilan yang bersesuaian untuk dirinya yang berhijab. 

Salma Syahbuddin