Hiburan By: Syamir Shafie December 6, 2023 @ 5:59pm

Ulas Isu Video Lucah Artis Tersebar… Zaki Yamani Berhati-Hati Pilih Kawan, Jaga Batas Dengan Peminat

Ekoran penyebaran banyak video tidak senonoh artis di laman sosial, penyanyi remaja, Zaki Yamani, 17, menyifatkan selebriti yang terpalit dengan isu tersebut melakukan kesilapan dalam pergaulan.

Bimbang diri terjerat dalam kontroversi tersebut, anak artis legenda, Datuk Jamal Abdillah ini lebih berhati-hati dalam memilih rakan-rakan.

“Kita perlu elak melakukan perkara yang negatif. Kena bijak cari kawan. Kalau nak berkawan, kena kawan dengan orang yang baik-baik sahaja.

“Atuk saya selalu pesan. Kalau kita busuk, kita kena kawan dengan orang yang wangi barulah kita pun akan turut wangi juga,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, pelantun lagu Percayaku itu turut memberitahu dirinya kini menjaga batas dengan peminat agar tidak terdorong melakukan perkara yang tidak diingini.

“Kena jaga batas dengan peminat juga. Saya pernah lalui waktu buat content semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, saya sering kena serbu dengan peminat.

“Sekarang, saya kurang buat content macam dulu tu, saya hanya kongsi gambar-gambar sahaja di Instagram,” ujarnya.

Zaki ditemui XTRA semasa sambutan majlis ulang tahunnya di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu, bertanya lanjut mengenai persiapannya bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Zaki sibuk menghadiri kelas tuisyen dan lebih banyak meluangkan masa dengan melakukan ulang kaji.

Meskipun masih menerima undangan menjayakan persembahan ketika ini, dia enggan meneruskannya kerana menganggu jadual belajarnya.

Lebih-lebih lagi, baru-baru ini Zaki dilamar oleh pihak Istana Brunei untuk membuat persembahan di negara itu selama sepuluh hari.

Zaki bagaimanapun terpaksa menolak undangan tersebut dengan berat hati walaupun ia dilihat sebagai satu peluang terbaik bagi melonjakkan namanya.

“Saya ada dapat tawaran menyanyi di Istana Brunei, tetapi waktu tu saya ada percubaan SPM. Saya tak dapat pergi sebab saya nak tahu bentuk soalan SPM macam mana… Akhirnya saya buat keputusan untuk cancel terus,” jelasnya.

Agak menyesal dengan penolakan tersebut, Zaki lebih utamakan peperiksaan percubaan SPM.

Dalam perkembangan lain, Zaki bakal menghadiahkan sebuah lagu baharu bertajuk Mati Rasa yang dikeluarkan hujung Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Featured Wed, 12 Jan 2022

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan. Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama […]

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Lega! Semua Dah Berakhir

Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan di mahkamah akan menjadi noktah buat semua.

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

Hiburan Tue, 14 Feb 2023
Trending Tue, 27 Oct 2020