Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2019 @ 8:22pm

Uqasha Senrose Akui Lebih Tenang Lepas Tunai Umrah

Pelakon Uqasha Senrose mengakui hatinya lebih tenang selepas pulang dari tanah suci Makkah akhir Disember lalu.

Uqasha yang pergi menunaikan Umrah bersama ahli keluarganya memaklumkan dia berasa sedikit perubahan berlaku dalam dirinya.

“ Apa yang saya boleh kongsikan, saya dapat rasa kehidupan lebih tenang dan teratur. Alhamdulillah.

“ Rezeki dalam bidang seni juga lebih murah. Jika dimurahkan rezeki, saya dan keluarga merancang untuk kembali ke tanah suci sebelum bulan Ramadan nanti,” katanya di sidang media pengumuman duta rasmi produk serum C Clean di Grand Millenium, hari ini.

Berkongsi pengalaman di Tanah Suci, pelakon sitkom Spanar Jaya X ini bersyukur segala urusan dia dan keluarga berjalan baik.

“ Paling tidak saya lupakan walaupun pergi beramai-ramai, sewaktu di Masjid Nabawi kami senang bertembung. Bayangkan sebesar-besar masjid dan jemaah yang ramai, saya dan adik beradik lain pasti bertembung.

“ Saya memasang niat untuk menunaikan Umrah setiap tahun jika diizinkanNya,” katanya.

Bercakap mengenai sama ada Uqasha berniat untuk mengenakan hijab selepas pulang dari Tanah Suci, wanita cantik ini mahu mempersiapkan diri dalam semua aspek keagamaan dahulu.

“ Kalau boleh, saya mahu biarlah bila bertudung kerana Allah SWT. Hati kena ikhlas. Saya tidak mahu paksa diri, kalau boleh biarlah semuanya berjalan seiring.

“ Contohnya solat, cara bercakap. Bila semuanya di landasan betul. Insya Allah. Buat masa ini saya selesa begini. Doakan saya ya,” katanya lembut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022

[VIDEO] “Seluar Adik Siapa Rembat Tu?” – Kongsi Video Karaoke Tapi Outfit Hawa Rizwana Curi Tumpuan & Dikritik Netizen

Hawa terima teguran dan memohon maaf jika video tersebut menyinggung mana-mana pihak

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini Dalam Ghosting

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni rapper baharu Indonesia, Ben Utomo. Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 […]

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas

Featured Fri, 4 Mar 2022