Hiburan By: Syamir Shafie December 26, 2023 @ 12:40pm

Usah Berharap Kepada Anugerah & Populariti, Bell Ngasri Ingatkan Bakat Baharu Agar Utamakan Kualiti Hasil Kerja

Pelakon dan pelawak tersohor, Bell Ngasri menasihati pendatang baharu dalam industri seni agar tidak terlalu mengejar populariti dan anugerah.

Sebaliknya, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri memberitahu bahawa mereka perlu mengutamakan kesungguhan dalam hasil kerja mereka.

Menurut laporan Harian Metro, Bell mengingatkan pelakon baharu agar mempunyai keikhlasan dan disiplin yang tinggi dalam melakukan apa-apa kerja.

“Apa yang sudah saya menang itu (anugerah) adalah nasib dan rezeki yang ditetapkan Allah.

“Tapi, kepada bakat baharu apa yang boleh saya ingatkan, dalam apa saja kerja buatlah dengan ikhlas,  jaga disiplin dan bersungguh-sungguh.

“Paling kurang itulah benda-benda yang perlu diutamakan oleh kalian terlebih dulu.

“Insya-Allah orang boleh nampak dan boleh menghargainya suatu masa nanti,” jelasnya.

Menurut Bell, dia yang tidak mempunyai kelab peminat seperti selebriti lain hanya memberi fokus kepada kualiti hasil kerjanya tanpa berharap kepada anugerah.

“Jangan cuba fikirkan untuk raih anugerah dan dapatkan sesuatu. Tapi, kita buat saja dulu sesuatu benda itu (kerja) secara bersungguh-sungguh.

“InsyaAllah mungkin akan ada nikmat yang Allah berikan nanti.
 
“Apapun, moga-moga semua yang kita buat dengan ikhlas itu orang nampak, dan secara tidak langsung mungkin suatu masa nanti kita akan dihargai,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Wed, 7 Apr 2021

Dari Geng Sidai Ke Kene Sidai, Ryan Deedat Dedah Inspirasi Single Terbaru

Penyanyi, Ryan Deedat kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Kena Sidai berkolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz. Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan […]

Trending Wed, 21 Aug 2019

Here are 6 Must-Go Western Eateries in Shah Alam that Promise You Good Food

Now you no longer need to break the bank to get good food.

Trending Thu, 30 Jul 2020

Murid Sekolah Rendah Dikenalpasti Positif Covid-19

Sila pantau kesihatan anak-anak anda! #KitaJagaKita

Trending Wed, 10 Jun 2020
Featured Wed, 31 Mar 2021

“Bulan Madu, Majlis Kahwin, Fashion Show.. Kes Menurun Tak Bermakna Boleh Langgar SOP” – Ismail Sabri

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan orang ramai untuk terus mematuhi SOP walaupun kes Covid-19 menunjukkan angka penurunan saban hari. Menurut beliau lagi, terdapat banyak kes melibatkan ketidakpatuhan SOP yang tular di media […]

Trending Sun, 4 Oct 2020
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Sajat Pun Buat ‘Tour’ Di Rumah Sendiri?

Dalam episod kali ini Sajat juga turut berjumpa kawan baiknya iaitu Dato Aliff Syukri untuk membincangkan tentang perniagaan mereka. Dah alang-alang berjumpa tu apalagi, Sajat sempat menari Panama Dance dengan abang terlajak laris kita ni tau!