Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk – “Yang Kedua Ni Lagi Memenatkan!”

Pelakon Intan Ladyana berkongsi pengalaman hamil anak keduanya apabila mengaku ia sedikit mencabar.

Menurut pemilik nama sebenar, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, kehamilan pertama dan kedua jauh berbeza memandangkan usia kandungannya kini sudah mencecah 6 bulan.

Menerusi perkongsian sebuah portal hiburan, Intan memaklumkan, kandungan kali ini lebih memenatkan memandangkan anak pertamanya, Evie Khadeeja tidak mahu berenggang dengannya.

“Alahan lebih sikit daripada yang pertama dan kalau yang kedua ni agak memenatkan sikit sebab saya terpaksa jaga baby yang first tu lagi sebab dia jenis yang tak boleh berenggang langsung. Jadi double sebelum ni bila dah penat boleh lagi fikir nak rehat atau tidu tapi kali ini tidak,” katanya.

 

Terdahulu, suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon, Harris Alif mengesahkan bahawa Intan kini sedang berbadan dua susulan ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan mengenai penampilan isterinya.

Malah, pasangan itu juga memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai kehamilan tersebut dan meminta orang ramai untuk mendoakan isterinya agar segala urusan dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Baby Boy Je” – Ruangan Komen Dibanjiri Ucapan Tahniah, Intan Ladyana Kini Hamil Anak Kedua?

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya, Dia Sedang Berbadan Dua” – Harris Alif Sahkan Isteri Kini Hamil Anak Kedua

ARTIKEL BERKAITAN:Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’ Anak Kedua, Netizen Usik Intan Ladyana – “Tak Boleh Nak Cover Dah”

Salma Syahbuddin