Uyaina Enggan Lepaskan Peluang?

Muncul antara artis Malaysia yang pertama kali mengemudi program realiti popular terbitan stesen TV Indonesia, Uyaina enggan melepaskan peluang yang ada apabila terpilih menjadi hos pertandingan Dangdut Akademi Asia (DAA4) keempat yang sedang hangat diperkatakan.

Namun, sejak sebulan yang lalu, Uyaina menganggap Jakarta sudah menjadi rumah kedua beliau kerana terpaksa berulang alik antara Malaysia dan Indonesia untuk memenuhi tuntutan tugasnya.

Sumber : Instagram @uyainaarshad

Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, 26 sebelum ini pernah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Aksi Asia 2018 yang dianjurkan di Jakarta.

” Komitmen saya untuk program DAA4 boleh dikatakan hari-hari. Saya beruntung kerana tiga hos lain iaitu Irfan Ramzi dan Gilang Dirga sangat berpengalaman. Mereka gila-gila jadi senang sekiranay mahu mewujudkan keserasian. Masing-masing hargai saya dan banyak membantu saya sebagai orang baharu.” Katanya

Menurut Uyaina, dirinya langsung tidak menyangka diberikan peluang untuk mengacarakan program sebesar DAA4.

Sumber : Instagram @uyainaarshad

” Irfan beritahu ramai artis Indonesia mahukan posisi yang sama tapi tuah lebih memihak kepada saya. Jadi saya kena buat yang terbaik dan tidak mahu berputus asa kerana  stesen TV Indosiar berani mengambil risiko keana meletakkan saya sebagai pengacara.”

Bukan itu sahaja, sejak menjadikan Kota Jakarta sebagai rumah keduanya, Uyaina juga pantas mengumpul peminatnya yang tersendiri di sana lebih -lebih lagi apabila menjuarai Puteri Muslimah Asia 2018.

Salma Syahbuddin