[VIDEO] “Ada Nampak Eyeshadow Bergerak Tak, Aku Tak Pakai Filter Ni Bang” – Fatin Afeefa Buktikan ‘Maintain’ Cantik Walau Tanpa Filter

Sering berkongsi aktiviti bersama suami di media sosial, pelakon Fatin Afeefa mencuri perhatian apabila tampil dengan wajah tanpa filter di TikTok miliknya baru-baru ini.

Ia ekoran tanggapan warganet yang mengatakan dia kelihatan cantik hanya kerana solekan tebal dan bantuan filter semata-mata.

Menerusi siaran Live di TikToknya, Fatin sempat melayan beberapa pertanyaan yang diajukan oleh pengikutnya termasuklah memintanya untuk membuktikan bahawa dia tidak memakai filter pada ketika itu.

“Live pakai effect ke tak, abang rasa live saya ni pakai effect tak bang? 

“Nampak ada gerak tak hidung saya? Haa, tak nak filter kan, aku tak pakai filter ni ha.. Ada nampak eyeshadow bergerak tak? Tengok mulut pun tak lari, muka aku memang macam ni!,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh pelakon Tentang Bulan ini sama ada memakai solekan ataupun tidak.

Terdahulu, netizen teruja melihat suami Fatin yang juga jutawan pelaburan, Aliff Awang memberikan nafkah sehingga mencecah lima angka sebagai ‘maintenance’ untuk isterinya.

Salma Syahbuddin