[VIDEO] “Berjoget Ke Zumba Ni?” – Dikritik Kekok Bersukan, Syed Saddiq Terima Nasihat Netizen Untuk Belajar Badminton

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya bersukan badminton secara berpasukan bersama rakannya.

Video tersebut bagaimanapun mengundang persoalan dan pertikaian pengikutnya yang mengkritik cara Saddiq tampak kekok seperti tidak pandai bermain badminton.

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang mempersoalkan sama ada Saddiq sedang berjoget ataupun berzumba kerana dia dilihat aktif bergerak seperti mahu melibas tetapi akhirnya tidak memukul bulu tangkis tersebut.

Menyedari namanya menjadi sebutan, Saddiq tampil memberi respons terhadap kritikan netizen dengan berkata akan mengambil kelas untuk memantapkan skill bermain badminton.

Saya dengar nasihat semua orang. Insyallah nanti saya akan mula ambil kelas badminton,” tulinsya dengan emoji menangis. 

Meskipun dikecam, segelintir netizen memberi sokongan kepada Saddiq untuk tidak berputus asa.

Semasa artikel ini ditulus, video tersebut telah meraih sebanyak 362,000 tontonan, lebih 1,000 ‘quote’ ciapan dan hampir 400 ulang kicau.

Aqilah Paharuzi