Didakwa Selesai Luar Mahkamah Gara-Gara Kekacakan Idris Khan, Ini Respons A Aida

Terdahulu, pelakon Idris Khan dan Amelia Henderson didakwa melanggar kontrak drama yang berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Namun, kes saman tetap diteruskan dengan Amelia Henderson kerana kedua-duanya mempunyai kehendak yang berbeza.

Penerbit sensasi, Datuk A Aida didakwa berat sebelah kerana menyelesaikan kes saman terhadap Idris Khan di luar mahkamah.

Memetik laporan Melodi, Aida hanya mengiakan sahaja dakwaan tersebut.

“Yelah dah semua netizen cakap macam tu, saya okey jelah,” katanya.

Tambahnya, dia sudah berkenalan lama dengan Idris dan bekerjasama diawal kariernya sebagai seorang pelakon.

“Saya kenal Idris dah lama. Dia mula-mula berlakon pun dengan kita dulu. Masa itu dia zero.

“Jadi hari tu jumpa dekat mahkamah, kita bertentangan mata, bincang. Okay lah Idris kita berbaik-baik jelah,” jelasnya.

Selain itu, Idris juga turut memberitahu dia lebih memilih untuk selesaikan masalah dengan cara baik.

Susulan kes Amelia dan Aida yang masih diteruskan, dia menghormati pendapat dan hak mereka tetapi tidak perlu sehingga melibatkan dengan hal peribadi.

“Saya hormat pendapat dan kedudukan Amelia dan A Aida untuk meneruskan kes ini ke mahkamah.

“Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua tetapi jangan ambil perkara ini secara peribadi lah,” kata Idris.

Maya Basir