[VIDEO] Buat Trend Langgar Bahu Jodoh, Netizen Terkejut Ahirine ‘Selamba’ Dukung Zizan Razak – “Semoga Jadi, Jangan Sakitkan Hati Dia”

Pelakon, Ahirine Ahirudin berkongsi sebuah video membuat trend TikTok ‘Langgar Bahu Jodoh’ bersama aktor terkenal, Zizan Razak.

Video berdurasi 21 saat itu dimuat naik oleh Ahirine menerusi akaun TikTok miliknya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video tersebut, Ahirine berkongsi momen-momen bersama Zizan yang mencuit hati ramai, lebih-lebih lagi apabila aktres itu mengangkat atau mendukung aktor filem Polis Evo 3 itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik kedua-dua aktor ini agar mereka bersatu kerana nampak serasi bersama.

Malah, netizen juga turut terkesima apabila melihat Ahirine dengan senang mendukung Zizan seolah-olah membuktikkan dirinya sangat kuat.

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang sempat memberikan pesanan kepada Ahirine untuk tidak menyakitkan hati Zizan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 1.9 juta tontonan, 135,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Aqilah Paharuzi