[VIDEO] Chef Wan Throwback Momen Jaga Kucing Berpantang Buat Netizen Terhibur – “Pertama Kali Tengok Kucing Bertungku”

Beberapa tahun lalu tular mengenai rakaman video yang memaparkan Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menguruskan seekor kucing bernama Cik Kiah yang baru melahirkan anak.

Terbaharu, Chef Wan menerusi perkongsian di Instagram (IG) sekali lagi memuat naik semula video tersebut mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 3 minit itu memaparkan Chef Wan sedang berjenaka membuat rawatan berpantang Melayu dengan menggunakan peralatan berpantang seperti kain bengkung, air ibu kunyit, minyak urut, bunga-bungaan dan pelbagai lagi.

“Once upon a time kita jadi Mak Bidan dari melahirkan 7 ekor anak tu sampai la dalam pantang Datin Kiah Propa contract Bidan Mak Limah ini.

“Mana yang sudi nak tempah boleh kita ambil booking. Nak kucing dah bunting baik anak dara semua kita ambil. Anak dara bunting siap pakej B ada mandi bunga 7 perigi buta nak buang sueh mereka.

“Siap mengurut dan menyengkak sekali. Jangan pula ada pi report animal cruelty assocation pula!,” tulisnya.

Ternyata, perkongsian Chef Wan itu mendapat pujian daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa comel apabila melihat proses berpantang tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian comel itu telah meraih lebih 12, 700 tanda suka dan lebih 1,000 komen lebih.

Khairil Khusyairi