[VIDEO] ‘Take Over’ Konsert Bunkface Di Festival Aku, Muzik & Kamu, Ramai Terpegun Lihat Cara Pemuda Ini Kawal Pentas

Seorang jejaka yang hadir ke Festival Aku, Muzik dan Kamu yang berlangsung di Johor Bahru, Sabtu lalu mencetuskan sensasi apabila diundang ke atas pentas ketika kumpulan Bunkface sedang melakukan persembahan.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, pemuda tersebut dipilih oleh Sam selaku vokalis kumpulan itu untuk naik ke atas pentas bersama-sama untuk menyanyikan lagu Bunkface bertajuk ‘Panik’.

“Pergi AMK vibing, tidak. Pergi AMK take over stage, ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@justpicasso_ pegi AMK vibing❌ pegi AMK take over stage✅ 🫡🫡🫡 #fyp #foryoupage #johorbahru #festivalakumuzikkamu2023 #coactionmagic #bunkface #panik ♬ original sound – syamirulforsept

Video tersebut mendapat sambutan ramai yang memuji cara pemuda berkenaan mengawal pergerakan dan suara di atas pentas tanpa rasa gemuruh.

Malah, ada yang mengulang video tersebut sehingga meraih lebih 2 juta tontonan dan lebih 200,000 tanda suka.

“Abang pun tak pernah dengar lagu Bunkface tapi sebab kau, abang dengar dik oi. Bila awak start nyanyi tu, boleh nampak muka Sam lega dan proud gila that you can actually sing.

“Suara, dance, angin, lighting semua on point. Tu yang tengok banyak kali,” ujar netizen.

Nurul Hana