Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 7, 2023 @ 2:36pm

[VIDEO] “Counting Days!” – Nabil Jeffri, Raysha Rizrose Shopping Barang Hantaran Mewah Buat Ramai Teruja!

Pelakon jelita, Raysha Rizrose dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi selepas tular sebuah video bersama tunangnya, Nabil Jeffri dipercayai sedang membeli barangan hantaran di kedai berjenama mewah.

Malah, kapsyen video tersebut seakan iaitu ‘counting days’ seakan mengukuhkan lagi bahawa pasangan sejoli ini akan disatukan.

Difahamkan, Raysha dan Nabil yang juga merupakan pelumba kereta Formula 3 itu telah menjalinkan hubungan percintaan selama 11 tahun, malah pernah didakwa melangsungkan ikatan pertunangan pada Disember lalu.

Artikel Berkaitan: Manis Berbusana Tradisional Di Atas Pelamin, Individu Dedah Raysha Rizrose Tunang Sabtu Lalu?

Berdasarkan video berdurasi 16 saat itu, Nabil merakam momen manis Rasya memilih barangan di jenama terkemuka seperti kasut tumit tinggi, beg tangan, minyak wangi, dan jam mewah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menanti hari bahagia pasangan ini.

Sebelum ini, Rasya pernah memaklumkan mahu mengadakan majlis resepsi yang sederhana yang dihadiri oleh keluarga, saudara mara serta kenalan rapat.

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Perancangan Kahwin, Impi Majlis Sederhana” – Raysha Rizrose

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Pilih Kata-Kata Dengan Penuh Berhati-Hati Kerana Ia Mencerminkan Niat Sebenar” – Nur Fazura

Nur Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menyuarakan pandangan.

Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sebelum Bersara, Jatt Ali Teringin Nak…

Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah…

error: Content is protected !!