Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 19, 2022 @ 6:00pm

[VIDEO] Famili Duo: Dikatakan Selalu ‘Menyampuk’ Ketika Juri Beri Komen, Janna Nick Dedah Punca Sebenar – “Saya Terpaksa…”

Pelakon dan pengacara, Janna Nick, 27, tampil menjawab dakwaan warganet yang mengatakan dia sering menyampuk ketika pihak juri memberi komen pada pentas program realiti, Famili Duo, malam tadi.

Janna yang mengendalikan Famili Duo musim baharu ini berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu pastikan acara berlangsung dalam tempoh masa yang ditetapkan malah mengambil kritikan dengan hati yang terbuka.

“Itu kerja pengacara yang orang tak faham, jadi saya perlu ambil ‘watak jahat’ untuk potong cakap juri.

“Saya selalu ambil ‘watak jahat’, saya terpaksa potong dan menyampuk kata-kata juri. Tidak mengapa, biarlah orang nak cakap apa, Janna Nick menyampuk, potong cakap juri, saya terima benda itu dengan hati yang terbuka.

“Saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara di mana saya kena pastikan acara ini berlangsung selama dua jam. Kalau saya tak buat benda itu mungkin jadi 3 jam,” katanya kepada XTRA.

Tambah Janna, beliau tidak sedikit pun terasa hati apabila caranya mengendalikan rancangan itu mendapat kritikan hebat oleh penonton di media sosial.

“Saya tak terasa hati. Saya tahu kadang-kadang sebagai pengacara, saya kena faham orang yang memberi komen tidak berada dalam situasi di atas pentas.

“Saya tak boleh sakit hati dengan komen mereka, saya tahu kalau mereka tak suka, tak mengapa. Insya-Allah minggu hadapan saya bagi yang lebih baik.

“Untuk minggu ini, ini sahaja yang saya boleh lakukan, sebab kami nak mengawal keadaan dan masa. Itu yang paling penting buat masa ini,” jelas Janna.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Sep 2021

Doa Ebit Lew Sahkan Spekulasi Kehamilan Intan Ladyana

Desas-desus mengenai kehamilan aktres Intan Ladyana, 39, bertiup kencang dalam kalangan peminat industri hiburan baru-baru ini. Nampaknya persoalan itu terjawab selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu […]

Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Alahai…Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul!

Eat Travel Mon, 12 Nov 2018

Ini Bukan Sembarang Muzium, Syaratnya Wajib Pakai Sut Skuba! Wow Luar Biasa!

Cancun Underwater Museum (MUSA), sebuah muzium bawah laut yang menjanjikan pengalaman luar biasa.

Featured Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir, Jimi Sekali Lagi Bergelar Peserta ‘Terpaling Fizz’ Di Minggu Ke-4

Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir di minggu keempat CSOIAM. Jimi sekali lagi bergelar peserta Terpaling Fizz.

Trending Fri, 28 Dec 2018

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Featured Mon, 19 Sep 2022
error: Content is protected !!