[VIDEO] Gelagat Abi Dan Ayang Curi Perhatian, Penonton Tak Sabar Saksikan Episod Ku Akad Kau Dengan Bismillah – “Makin Hari Makin Bersemut”

Penangan drama rantaian popular, Ku Akad Kau Dengan Bismillah mendapat perhatian penonton apabila ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya.

Malah rata-rata penonton terhibur melihat gelagat dan aksi mesra antara Luth (Aliff Aziz) dan Raisya (Sophia AlBarakbah) membawakan watak sebagai pasangan suami isteri.

Lebih romantis, pasangan ini juga dilihat menggelarkan diri mereka dengan panggilan Abi dan Ayang sekaligus membuatkan netizen ‘cair’ dengan lakonan hebat mereka.

 

Bahkan, ada yang menganggap lakonan yang ditunjukkan Sophia juga amat berkesan kerana mampu membawakan pelbagai emosi dalam lakonannya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata peminat tidak boleh ‘move on’ setiap kali melihat babak yang dilakonkan oleh Luth dan Raisya lantas menganggap setiap episod adalah episod wajib tonton.

 

Mula bersiaran pada  6 Februari lalu, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah juga masih mengekalkan kedudukan berada di carta trending Malaysia setiap kali bersiaran di TV3.

 

Salma Syahbuddin