Hiburan By: Khairil Khusyairi September 12, 2023 @ 1:23pm

[VIDEO] Giliran Johan As’ari Pula Berkunjung Ke Kota Al Ula – “Sekadar Untuk Ambil Iktibar”

Baru-baru ini kecoh isu aktor Zul Ariffin yang bercuti ke Kota Al Ula, Arab Saudi sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak.

Terbaharu, pelakon Johan As’ari turut tidak melepaskan peluang berkunjung ke kota yang terletak kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah itu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi momen-momen dia menjejakkan kaki ke kota tersebut.

Video yang dimuat naik Johan itu memaparkan keindahan Kota Al Ula serta sempat merakam momen berlatarbelakangkan Elephant Rock yang menjadi mercu tanda kota bersejarah itu.

Menurut Johan, dia melawat ke kota tersebut hanya sekadar untuk mengambil pengajaran.

“Bertandang ke Al Ula sekadar untuk mengambil iktibar. SubhanaAllah,” kongsinya ringkas.

Untuk info, asal usul Kota Al Ula menurut kajian telah wujud sejak abad ke-6 SM. Kota ini diasaskan oleh orang Lihyanite iaitu sebuah suku Arab kuno.

Sebenarnya tempat dilaknat itu adalah Al Hijr ataupun dikenali sebagai Mada’in Saleh iaitu berdekatan dengan Kota Al Ula.

Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza. Mada’in Saleh terletak pada jarak 25 kilometer dari Al-Ula yang telah dijadikan bandar pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.

Difahamkan, untuk memasuki ke kawasan Mada’in Saleh perlu mendapat permit terlebih dahulu

Kini Mada’in Saleh menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Aug 2019

Do You Have What It Takes to Take on the #BacaBeritaChallenge?

Got talent? What are you waiting for? Now is the time to let out your long-awaited presenting skills with #BacaBeritaChallenge brought to you by Realme.

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Fattah Dan Fazura Sudah Bersedia Untuk Hidup ‘Bertiga’

Semoga cepat-cepat dimakbulkan Allah…

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]