[VIDEO] Hamil Anak Pertama, Asha Merican Suka Bau Simen Dinding – “Maybe Anak Dia Nanti Contractor”

Baru-baru ini, pasangan pelakon Harris Anuar dan Asha Merican mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.

Terkini, menerusi perkongsian Harris di TikTok, dia mendedahkan isterinya yang hamil itu memiliki tabiat pelik kerana suka menghidu bau simen dinding.

“Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan,” ujarnya.

Di dalam video tersebut, kelihatan Asha memeluk dan menghidu bau simen dinding ketika dalam perjalanan menaiki tangga.

@harrisannuar Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan🤣Siapa macam ni jugak? @ashamerican #AsHarris #tiktok #malaysian #viralvideo #viral #tiktok ♬ original sound – Harris Annuar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan turut berkongsi perangai pelik mereka semasa hamil.

“Maybe anak dia nanti contractor.

“Hahaha layankan aja lah ya. Memang begini la perangai ibu mengandung. Aku dulu suka bau orang buat jalan tar.

“Saya dulu mengandung anak first suka masuk 7E semata-mata nak bau peti aiskrim je,” komen netizen.

Untuk rekod, Asha dan Harris mendirikan rumah tangga pada 11 April 2022 di Shah Alam.Baru-baru ini, pasangan pelakon Harris Anuar dan Asha Merican mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.

Terkini, menerusi perkongsian Harris di TikTok, dia mendedahkan isterinya yang hamil itu memiliki tabiat pelik kerana suka menghidu bau simen dinding.

“Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan,” ujarnya.

Di dalam video tersebut, kelihatan Asha memeluk dan menghidu bau simen dinding ketika dalam perjalanan menaiki tangga.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan turut berkongsi perangai pelik mereka semasa hamil.

“Maybe anak dia nanti contractor.

“Hahaha layankan aja lah ya. Memang begini la perangai ibu mengandung. Aku dulu suka bau orang buat jalan tar.

“Saya dulu mengandung anak first suka masuk 7E semata-mata nak bau peti aiskrim je,” komen netizen.

Untuk rekod, Asha dan Harris mendirikan rumah tangga pada 11 April 2022 di Shah Alam.

Maya Basir