[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas muncul berambut pendek dalam video terbaharunya di aplikasi TikTok.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan Daiyan memakai baju berwarna putih sedang menari sambil menggayakan rambut pendek seperti gaya mullet.

Terkenal menerusi lagu Penat, penampilan selebriti ini telah mengejutkan ramai pengikutnya di media sosial yang seakan meluahkan rasa kecewa berhubung perubahan drastiknya itu.

Daiyan yang cukup dikenali dengan perwatakan yang sopan serta manis berambut panjang mengundang 1001 persoalan netizen mengenai keputusannya berambut pendek.

Menyedari videonya itu meraih tumpuan, Daiyan menerusi ruangan komen tampil memberi penjelasan bahawa imej baharunya itu adalah rambut palsu.

“Jangan la marah saya. Korang, itu rambut palsu. Chill, chill!,” tulisnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa lega selepas mendengar penjelasan daripada aktres drama Semanis Senyumanmu itu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 278,000 tontonan, 24,000 tanda suka dan 400 komen.

Artikel Berkaitan: Kecoh Isu Perkauman & Peristiwa 13 Mei, Daiyan Trisha Beri Gen Z Pesanan Pedas – “Cari Fakta, Kita Semua Ada Otak Untuk Berfikir!”

Artikel Berkaitan: “Tak Sangka Akan Viral, Saya Hanya Kongsi…” – Daiyan Trisha Akui Akrab Dengan Aedy Ashraf

Aqilah Paharuzi