[VIDEO] Individu Bongkar Wajah Bilal, Neelofa Tampil Bersuara – “Saya Tersinggung, Kenapa Tak Hormati Permintaan?”

Wajah putera sulung selebriti terkenal, Neelofa bersama suami tercinta, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz tidak dinafikan sering menjadi tumpuan netizen.

Baru-baru ini, nama Muhammad Bilal hangat menjadi sebutan netizen apabila terdapat segelintir pihak mendakwa wajahnya telah terbongkar.

Menerusi sebuah video di TikTok, terdapat individu memuat naik sebuah foto memaparkan seorang bayi didukung oleh ibunya yang didakwa adalah Bilal dan Neelofa.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruang komen, ada segelintir pihak yang berkata wajah bayi dalam foto tersebut adalah benar anak kepada usahawan itu, kerana mereka dikatakan pernah melihat wajah Bilal.

Sesetengah individu tampil mempertahankan Neelofa yang berkata selebriti ini hanya merahsiakan wajah Bilal daripada tatapan di media sosial, namun ketika terserempak di luar kawasan mereka menceritakan Neelofa tidak kisah sekiranya diminta untuk melihat wajah puteranya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teruja Dapat Lihat Anak Neelofa, Individu Beri Bayangan Wajah Bilal! – “Muka Ada Iras-Iras…”

Artikel Berkaitan: Tutup Ruangan Komen, Neelofa Kongsi Video Bilal Bermanja Dengan PU Riz – “Hati Ini Bahagia Bila…”

Menerusi sebuah video lain, ada individu mendakwa foto tular tersebut benar Bilal apabila Neelofa tampil menghubunginya secara peribadi menerusi hantaran mesej di Instagram.

“Memang betul, itu anak Lofa sebab Lofa direct DM IG saya,” katanya sambil memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama Neelofa.

Memetik laporan Gempak, Neelofa bagaimanapun mengakui kecewa apabila individu berkenaan mendedahkan wajah puteranya.

“Macam ni lah… sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar
(Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?

“Kemudian you all share dan upload, macam tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi?

Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu.

“Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?,” ujar Neelofa.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.3 juta tontonan, lebih 51,000 tanda suka dan 1,183 komen.

Aqilah Paharuzi