[VIDEO] Kunjungan ND Lala Ziarah Raya Di Rumah Kazar Saisi Tular, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Kehadiran selebriti popular era 80-an, Datuk ND Lala yang berkunjung ke kediaman pelakon veteran, Kazar Saisi sempena sambutan Hari Raya mencuri perhatian peminat.

@noraini_basre #InspirasiRaya #selamathariraya #puterisarahliyana #syamsulyusof #irakaza #norainibasre #artismalaysia #binafshasweet #kazasaisi ♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina
@noraini_basre Membalas kepada @lailakasih605 #InspirasiRaya #norainibasre #selamathariraya #fyp #2023 #binafshasweet #puterisarahliyana #syamsulyusof #irakaza ♬ Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Mamat

Video asal yang dimuat naik oleh anak Kazar itu telah dikongsikan semula oleh pengguna TikTok dan meraih lebih 300,000 tontonan serta dibanjiri lebih 600 komen netizen.

Lebih menarik perhatian netizen, kelibat anak perempuan Kazar yang merupakan isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira yang sedang menghidangkan makanan kepada tetamu turut kelihatan.

Penampilan dua individu kontroversi dalam satu video ini mengundang pelbagai komen serta reaksi netizen.

Dalam video sama, kelihatan juga kelibat seorang lelaki yang sedang mencuci pinggan di dapur dan ia mengundang komen nakal orang ramai.

Netizen mula berspekulasi jejaka yang sedang mencuci pinggan itu adalah Syamsul.

“Sol sibuk basuh pinggan ke tu? Tak nampak batang hidung.

“Sol tengah cuci pinggan tu, menantu soleh,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana