[VIDEO] Lucu! Reen Rahim Kejar Suami Gara-Gara Buat ‘Prank’ Abang Baju Merah -“Keluar ikut Tingkap Macam Tu Je….”

Pelakon, Reen Rahim telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan suaminya, Ahmad Nur Hazim ingin membuat ‘prank’ seperti sebuah insiden yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Hazim sepatutnya marah sambil memukul kepala Reen tetapi baru sahaja dia memulakan ‘prank’ tersebut, Reen terus keluar dari kereta melalui tingkap.

‘Prank’ tersebut diakhiri dengan adegan kejar mengejar antara Reen dan suaminya.

Aksi mereka berdua mencuti hati netizen dan rata-rata meninggalkan komen kerana terhibur melihat aksi Reen yang keluar dari kereta melalui tingkap.

“Dia keluar ikut tingkap macamtu je. Kalau aku dah tersangkut di skala 6

“Takyah ambil jalan muda, ambik jalan susah terus keluar ikut tingkap

“Aku kalau keluar ikut tingkap confirm abang bomba datang dah,”

Izzi Farhana