[VIDEO] Tertonggek-Tonggek Ambil Gambar, Pujian Ameera Khan Pada Awal Ashaari Curi Tumpuan Netizen!

Pempengaruh dan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian netizen apabila mengambil gambar pengacara, Awal Ashaari dengan penuh fokus.

Menerusi perkongsian Awal di Instagram, dia memuat naik beberapa foto yang diambil Ameera dengan ‘pose’ yang diarah olehnya.

“Abang jangan pandang Baby (panggilan mesra Ameera) tau, Abang buat-buat tengok phone sambil jalan,” ujar Ameera.

Di dalam hantaran tersebut, Awal sempat merakam gaya Ameera yang bersungguh-sungguh untuk mengambil gambar yang cantik sehingga menonggekkan badannya.

Pada masa sama, Ameera turut memuji kekacakkan Awal menerusi gambar yang diambil.

“Abang handsome nak mampus,” kata Ameera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pujian Ameera terhadap Awal yang kemudian menafikannya.

“Hahahahhaha! Hensem nak mampus terus. Comel.

“Hahaha comel laaaa.

“Dia yang tonggek sis yang penat tengok. Apa-apa pun hasil gambar menarik,” komen netizen.

Sekadar info, selain Awal dan Ameera dijemput ke acara Dior iaitu Dioriviera di Desaru, Johor Bahru yang turut hadir ialah Scha Alyahya, Neelofa, Meerqeen, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Maya Basir