[VIDEO] Netizen Dakwa Gaya Percakapan Sengaja Tiru Fazura Sejak Tular, Wanita Ini Tampil Beri Respons – “Ini Tuduhan Tak Berasas”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai seorang wanita dikenali sebagai Ellya Farahanny yang mencuri perhatian selepas dikatakan mirip selebriti Nur Fazura.

Artikel Berkaitan: “Cara Cakap Pun Sama” – Netizen Terkejut Jumpa Kembar Fazura

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Ekoran itu, ramai dalam kalangan netizen yang mendakwa cara percakapannya kini telah berubah dan dia sengaja mahu meniru aktres filem Gol & Gincu.

“Netizen cakap sejak-sejak kena tegur macam Fazura cara cakap pun berubah ala-ala Fazura jugak,” tulis seorang pengikutnya di TikTok.

Tidak berdiam diri, Ellya tampil membidas dakwaan tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun @Elle miliknya.

“Ini merupakan tuduhan yang tidak berasaslah okay guys. Sebabnya, orang-orang yang rapat dengan saya, yang pernah jumpa saya in real life. My family, my friends even, my clients pun diorang tahu saya memang macam ni. Sejak azali lagi.

“So tiada isu saya meniru atau cuba imitate cara Fazura bercakap… Tak ada,” ujarnya menjawab dakwaan tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 720,000 tontonan, 33,000 tanda suka, dan 1,500 komen.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meminta Ellya untuk tidak mengendahkan komen negatif tersebut kerana mereka baru sahaja mengenali tidak mengenali dirinya secara peribadi.

Memetik laporan mStar, Ellya yang mempunyai bisnes jualan stik premium itu tidak menyangka pengikutnya di TikTok naik mendadak selepas dirinya tular.

“Followers saya di TikTok tiba-tiba naik mendadak, dari 800 kepada lebih 19,000 untuk satu malam.

“Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai followers. Pada masa sama rasa takut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pengikut Ellya di aplikasi TikTok rasmi miliknya kini hampir mencecah 50,000.

Sumber: mStar, TikTok EllyaBaru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai seorang wanita dikenali sebagai Ellya Farahanny yang mencuri perhatian selepas dikatakan mirip selebriti Nur Fazura.

Artikel Berkaitan: “Cara Cakap Pun Sama” – Netizen Terkejut Jumpa Kembar Fazura

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Ekoran itu, ramai dalam kalangan netizen yang mendakwa cara percakapannya kini telah berubah dan dia sengaja mahu meniru aktres filem Gol & Gincu.

“Netizen cakap sejak-sejak kena tegur macam Fazura cara cakap pun berubah ala-ala Fazura jugak,” tulis seorang pengikutnya di TikTok.

Tidak berdiam diri, Ellya tampil membidas dakwaan tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun @Elle miliknya.

“Ini merupakan tuduhan yang tidak berasaslah okay guys. Sebabnya, orang-orang yang rapat dengan saya, yang pernah jumpa saya in real life. My family, my friends even, my clients pun diorang tahu saya memang macam ni. Sejak azali lagi.

“So tiada isu saya meniru atau cuba imitate cara Fazura bercakap… Tak ada,” ujarnya menjawab dakwaan tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 720,000 tontonan, 33,000 tanda suka, dan 1,500 komen.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meminta Ellya untuk tidak mengendahkan komen negatif tersebut kerana mereka baru sahaja mengenali tidak mengenali dirinya secara peribadi.

Memetik laporan mStar, Ellya yang mempunyai bisnes jualan stik premium itu tidak menyangka pengikutnya di TikTok naik mendadak selepas dirinya tular.

“Followers saya di TikTok tiba-tiba naik mendadak, dari 800 kepada lebih 19,000 untuk satu malam.

“Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai followers. Pada masa sama rasa takut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pengikut Ellya di aplikasi TikTok rasmi miliknya kini hampir mencecah 50,000.

Sumber: mStar, TikTok Ellya

Aqilah Paharuzi