[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mencuri perhatian netizen apabila dilihat mengajar seorang wanita cara untuk bergambar atau ‘wefie’.

Menerusi perkongsian di TikTok @fatihmazwan, wanita tersebut mendekatinya untuk mengajak bergambar bersama ketika sedang berada di dalam sebuah kedai buku.

Di dalam video tersebut, UAI menyuruh wanita itu untuk menghalakan kamera telefon ke bahagian belakang yang dipercayai untuk mendapatkan posisi gambar yang baik.

“Tangan menghala ke belakang. Mana nak nampak. Hayun,” ujar UAI dengan pasrah.

@fatihmazwan♬ original sound – fatihmazwan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi UAI yang mengajar wanita itu cara untuk bergambar dengan cara yang betul.

“Hahahaha comel ustaz.

“HAHAHAHAHA penat ustaz explain.

“Ustaz be like: penat la kalau camni selalu,” komen netizen.

Maya Basir