[VIDEO] Puteri Sarah Maklum Akan Sambut Hari Raya Aidiladha Bersama Keluarga & Ibu Bapa Mentua – “Ada Orang Tu Nak Datang”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana memaklumkan akan menyambut Hari Raya AidilAdha di kediaman orang tuanya.

Menerusi sebuah siaran langsung di TikTok, Sarah berkata ada tetamu yang akan hadir ke rumah mereka.

“Raya Haji pertama akan raya kat rumah Mama saya, sebab ada orang tu nak datang,” katanya lantas tersenyum.

Jelas aktres drama rantaian Suri Hati ini, dia juga akan menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah bapa dan ibu mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Lepastu, hari Raya Haji kedua dan ketiga saya akan tidur rumah bapa dan ibu mentua saya.

“Walaupun dah cerai, mereka masih lagi bapa dan ibu mentua saya. Pertalian tak akan terputus,” jelasnya.

@xtra_my

Wuuuu siapa yang nak datang beraya tuuu 👀 #fyp #xtramy #puterisarahliyana #raya #aidiladha #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, Puteri Sarah dan bekas suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof telah sah bercerai talak satu pada 15 Jun lalu.

Terdahulu, Syamsul menerusi sepotong video memaklumkan telah berkahwin dengan Ira Kazar pada 5 Januari.

Aqilah Paharuzi