[VIDEO] Sweetnya! Sambut Birthday Bersama, Eyka Farhana Pesan Dekat Akhyar Rashid: “Be A Good Boy, Rotan Nanti”

Umum mengetahui kisah cinta pelakon Eyka Farhana bersama pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid sejak 2020.

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila mereka memuat naik momen bersama ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran Akhyar, baru-baru ini.

Menerusi beberapa buah rakaman video yang tular di TikTok, jelas menunjukkan kemesraan pasangan kekasih itu ketika meraikan hari jadi berdua dan bersama keluarga.

Lebih manis, rakaman tersebut memaparkan momen-momen indah Eyka dan Akhyar sempena hari istimewa itu.

“Shy shy cat pula dia. Happy birthday in advance my love. You know I love you so much right,” tulis Eyka ringkas.

Menjengah ke profil Instagram Akhyar pula, dia memuat naik foto dirinya sempena hari jadinya.

Tidak lagi berselindung lagi, Eyka turut meninggalkan komen pada hantaran Akhyar tersebut dengan berpesan agar Akhyar menjadi lelaki yang baik.

“We love you. Be a good boy okay. Rotan nanti,” komen Eyka.

Untuk info, kisah cinta pasangan ini mula dihidu peminat sejak tahun 2020.

Khairil Khusyairi