[VIDEO] “Tak Menyesal Ke Tak Pergi Konsert Aina Abdul?” – Soalan ‘Sempoi’ M Nasir Buat Ramai Terhibur!

Penyanyi legenda, Datuk M Nasir selesai menghiburkan peminat di konsert Gendang Pati live in Kuala Lumpur di Dewan Plenary Hall Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu lalu.

Di aplikasi TikTok, tular sebuah video memaparkan sisi luci M Nasir yang bertanya kepada penonton seramai 3,000 orang sama ada mereka menyesal tidak ke konsert bintang Aina Abdul.

“Tak menyesal tak pergi ke konsert Aina Abdul?,” katanya berseloroh.

Video yang dikongsikan oleh salah seorang penonton hadir ke konsert Gendang Pati itu meraih tumpuan ramai dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dalam video itu juga, pelantun lagu popular Semerah Padi ini juga berkata dia turut bersedia dari segi penampilan pada malam konsert tersebut.

“Saya pun prepare juga pakaian ini,” tambahnya lagi.

@leftyarte

“saya pon prepare jgk pakaian ni” #gendangpati #mnasir #raikancinta #konsert #ainaabdul #hijabkekasih #cerminmimpi #fyp

♬ original sound – Nadddyyyyy – Nadddyyyyy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu popular Sepi ini meluahkan rasa terharu apabila legenda M Nasir menyebut nama Aina Abdul.

Ada juga yang segelintir netizen yang terbibur apabila melihat sisi M Nasir yang kuat mengusik.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 235,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan 300 komen.

Artikel Berkaitan: Tampilkan Siti Nurhaliza, M Nasir, Faizal Tahir, Opick… Malam Bulan Bintang Tular! Penonton Suka Stage 360 Darjah, Puji Elemen Kerohanian – “Dekat Konsert Pun Selawat Ramai-Ramai”

Artikel Berkaitan: Bertemakan ‘Aina Abdul’, Konsert ANWAA 3.0 Dihadiri 10,000 Penonton… Berhabis RM400,000 Untuk Busana Unik

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Demi Aina Abdul, Che Ta Sanggup Tidur Dalam Kereta? – “Dari Kelantan Datang KL Demi Aina!”

Aqilah Paharuzi